Sunday 4 December 2011

ANTARA SABAR DAN MENGELUH


bersabar menghadapi dugaan


Hadith: 
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:Sesungguhnya orang mukmin akan menerima tekanan hidup kerana tidak ada satu bencana sama ada kerana terkena duri atau yang lebih besar, tidak juga ketakutan melainkan Allah akan mengangkat darjatnya satu darjat dan menghapuskan satu kesalahan dengan kesabarannya menghadapi bencana dan kesusahan tersebut.

SEDARILAH WAHAI ANAK-ANAKKU


Ketahuilah  bahawa antara bukti As-Sabur Allah SWT ialah dengan menangguhkan hukuman kepada orang yang bersalah hingga ke hari akhirat.Allah SWT bersedia memaafkan mereka jika mereka bertaubat.

PENGERTIAN AS-SABUR




PENGERTIAN AS-SABUR

AS-SABUR  bermaksud Allah SWT maha sabar dan tidak terburu-buru.Sabda Rasulullah SAW  yang bermaksud " sesungguhnya bagi Allah itu 99 nama, iaitu seratus kurang satu, sesiapa yang mempelajarinya maka dia akan masuk syurga"( diriwayatkan oleh Ibnu Majjah dan At-Tarmizi )

Wednesday 23 November 2011

beriman kepada Qada'dan Qadar

Antara hikmah beriman dengan Qada' dan qadar ialah:
sabar dan tabah menghadapi ujian

Wednesday 9 November 2011

Thursday 13 October 2011



Rukun wuduk

               Niat
amalan berwuduk hendaklah dilafazkan di dalam hati.Sabda Rasulullah s.a.w yang berbunyi: "Setiap amalan itu disertai dengan niat , sesungguhnya bagi  setiap insan mengikut apa yang diniatkan"





Wednesday 12 October 2011

hakikat sebenarnya.



Apabila kita mempelajari tentang perkara -perkara yang membatalkan wuduk .Kita akan lihat salah satunya iaitu bersentuhan kulit antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim.
Anak-anak yang dikasihi , muhrim di sini bererti adik beradik dan juga ayah. Jadi tak batal wuduk apabila anak-anak bersalam dengan adik beradik tidak kiralah ianya abang , kakak , ibu ataupun ayah


Sunday 9 October 2011

RAHSIA DISEBALIK BERWUDUK

BERKUMUR-KUMUR
kuman akan membiak dengan pantas jika terdapat sisa makanan di dalam mulut kita.Kuman tersebut akan menyebabkan kerosakan gigi , ulser mulut dan sebagainya.Sains telah membuktikan berkumur dapat mencegah mulut dan kerongkong daripada jangkitan kuman.


Tuesday 4 October 2011

TAHUKAH ANDA?


Tahukah anda air embun adalah merupakan salah satu air untuk berwuduk.Firman Allah SWTdalam surah Al-Furqan ayat 48 yang bermaksud: "Dan kami turunkan dari langit air yang suci lagi menyucikan".Jika hendak menggunakan air embun untuk berwuduk , mestilah dikumpulkan air embun ini secukupnya ke dalam bekas supaya dapat membasuh muka, tangan dan kaki secara mengalirkan air embun itu di atas kulit. Tidak sah wuduk jika hanya menyapu air embun dari daun ke muka , tangan dan kaki.

Selalunya air embun diambil pada subuh hari.Air embun adalah air yang bersih dan letakknya di atas daunan pepohon. Tidak sah wuduk sekiranya air embun itu telah mustakmal iaitu bercampur dengan benda-benda lain seperti najis dsbnya.

lagu beriman kepada Qada' dan Qadar