Sunday, 4 December 2011

ANTARA SABAR DAN MENGELUH


bersabar menghadapi dugaan


Hadith: 
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:Sesungguhnya orang mukmin akan menerima tekanan hidup kerana tidak ada satu bencana sama ada kerana terkena duri atau yang lebih besar, tidak juga ketakutan melainkan Allah akan mengangkat darjatnya satu darjat dan menghapuskan satu kesalahan dengan kesabarannya menghadapi bencana dan kesusahan tersebut.

SEDARILAH WAHAI ANAK-ANAKKU


Ketahuilah  bahawa antara bukti As-Sabur Allah SWT ialah dengan menangguhkan hukuman kepada orang yang bersalah hingga ke hari akhirat.Allah SWT bersedia memaafkan mereka jika mereka bertaubat.

PENGERTIAN AS-SABUR




PENGERTIAN AS-SABUR

AS-SABUR  bermaksud Allah SWT maha sabar dan tidak terburu-buru.Sabda Rasulullah SAW  yang bermaksud " sesungguhnya bagi Allah itu 99 nama, iaitu seratus kurang satu, sesiapa yang mempelajarinya maka dia akan masuk syurga"( diriwayatkan oleh Ibnu Majjah dan At-Tarmizi )

lagu beriman kepada Qada' dan Qadar